Peta Laman


PROSEDUR KHIDMAT KAMI



Langkah 1: Sila baca halaman penafian, harga dan cara bayaran

Langkah 2: Dapatkan sebut harga

Langkah 3: Membuat bayaran

Langkah 4: Bukti bayaran

Langkah 5: Kami menterjemah/menyunting dokumen anda

Langkah 6: Kami kembalikan hasil kerja dokumen anda

Langkah 7: Jika perlu, penyemakan semula boleh dibuat dengan percuma

Langkah 8: Selesailah khidmat kami






Langkah 1: Sila baca halaman penafian, harga dan cara bayaran

Jika anda klien baru, sila baca halaman penafian, harga dan cara bayaran, supaya anda memahami peraturan dan sistem kami. 

Kembali ke atas


Langkah 2: Dapatkan sebut harga

Serahkan dokumen anda kepada kami supaya kami dapat menentukan sebut harganya.
Setelah kami menerima dokumen anda, kami akan membalas e-mel pengesahan penerimaan.

Jika anda tidak menerima e-mel pengesahan penerimaan daripada kami dalam tempoh 24 jam, tolong jangan buat andaian bahawa kami telah menerima permintaan sebut harga anda - hubungi dan semak dengan kami dahulu!

Kami menerima dokumen dalam format fail .zip atau individu fail .doc atau .txt atau .html.

Tolong berikan maklumat lengkap berikut:
  • Nama Penuh Anda
  • No. Telefon Anda
  • Alamat Penuh (termasuk negeri, negara)
  • Khidmat Yang Dimahukan (Penterjemahan/Bacaan Pruf Proofread & Suntingan)
  • Pakej Yang Dipilih (Ekonomi/Sederhana/Standard)
  • Kod Promosi: (Jika ada - Jika tiada nyatakan Tiada)
Anda akan terima sebut harga daripada kami dalam tempoh 24 jam.

PERHATIAN: HANYA PERMINTAAN SEBUT HARGA YANG BERMAKLUMAT LENGKAP SAHAJA AKAN DIPROSES


Kembali ke atas





Langkah 3: Membuat bayaran

Tolong baca halaman bayaran dan buat bayaran.


Jika kami tidak menerima bukti bayaran dalam tempoh tujuh hari dari tarikh kami memberikan sebut harga dokumen anda, kami anggap bahawa anda tidak memerlukan khidmat kami buat masa ini.

Sila pergi ke langkah berikutnya jika anda sudah membuat bayaran. 

Kembali ke atas




Langkah 4: Bukti bayaran

Semasa memberikan salinan resit/deposit bayaran kepada kami, tolong berikan maklumat lengkap berikut:

Nama Penuh Anda:
No. Telefon Anda::
No. Sebut Harga:
Pilihan Bayaran: (100% atau Khidmat Dijalankan Mengikut Bayaran Ansuran KDMBA)


PERHATIAN: HANYA BUKTI BAYARAN YANG BERMAKLUMAT LENGKAP SAHAJA AKAN DIPROSES

Setelah kami mengesahkan bukti bayaran anda, kami akan membalas e-mel pengesahan penerimaan.

Jika anda tidak menerima e-mel pengesahan penerimaan daripada kami dalam tempoh 24 jam, tolong jangan buat andaian bahawa kami telah menerima permintaan sebut harga anda - hubungi dan semak dengan kami dahulu!


Kembali ke atas




Langkah 5: Kami menterjemah/menyunting dokumen anda


Penterjemahan/suntingan dimulakan dengan segera setelah bukti pembayaran diterima dan disahkan.

Kembali ke atas




Langkah 6: Kami kembalikan hasil kerja dokumen anda

Anda akan menerima hasil kerja dokumen anda dalam format semasa anda berikan kepada kami (sama ada .zip atau fail individu dalam format .doc/.html/.txt).

Anda boleh melihat sampel hasil kerja terjemahan projek kami yang terdahulu di sini.

Kembali ke atas




Langkah 7: Jika perlu, penyemakan semula boleh dibuat dengan percuma

Dalam 99% kes, klien kami berpuas hati dengan hasil kerja pertama kami. Namu kami berlapang dada untuk menyemak semula atau menjelaskan mana-mana hasil kerja kami. Tolong beritahu penyemakan yang diperlukan dengan segera - dalam tempoh tujuh hari kami kembalikan hasil kerja dokumen kepada anda.

Kami jalankan semakan dengan percuma asalkan ia adalah berkaitan dengan projek asal. Jika kami tidak mendengar berita daripada anda dalam
dalam tempoh tujuh hari kami kembalikan hasil kerja dokumen kepada anda., kami andaikan bahawa anda berpuas hati dengannya. 

Jika anda meminta kerja tambahan terhadap isi kandungan baru atau mengubah format daripada format projek asal, akan ada caj tambahan. Anda akan sentiasa diberitahu akan caj tambahan sebelum kami mulakan kerja kami.

Dalam tempoh 3 hari kami akan buat susulan dengan anda dan jika anda tidak dapat dihubungi dan sahkan apa yang anda mahukan. Tiada kerja tambahan yang akan dimulakan.

Kembali ke atas





Langkah 8: Selesailah kerja kami

Anda sudah terima dokumen anda dan kami sudah menerima bayaran anda. Jika anda berpuas hati dengan hasil kerja kami, kami amat alu-alukan maklum balas daripada anda. Kami berharap anda akan menggunakan khidmat kami lagi di masa akan datang. 

Sedia untuk cuba khidmat kami?


PERCUMA: Dapatkan SEBUT HARGA Anda Sekarang!

 


copyrights for translator bm-bi of simplytranslate.net