Peta Laman


PENAFIAN 



1. SimplyTranslate.net bertujuan untuk memberikan khidmat pada harga yang berpatutan. 

Tetapi:

2. Klien dinasihatkan supaya mereka bertanggungjawab ke atas teks isi kandungan, mutunya dan penggunaannya. 
SimplyTranslate.netdan penterjemahnya/pembaca prufnya/penyuntingnya menafikan semua liabiliti ke atas sebarang kehilangan, kerosakan atau kecederaan yang berbangkit akibat daripada penggunaan bahan terjemahan/bacaan pruf/penyuntingan.

Oleh itu:

3. Klien dinasihatkan; pelancungan dan pelanggaran hak cipta adalah kesalahan yang serius. 
SimplyTranslate.net tidak bertanggungjawab ke atas isi kandudungan yang sedemikian. Kami tidak melakukan kajian untuk anda.

4. 
SimplyTranslate.net berhak menolak sebarang kerja yang dirasakan ofensif atau tidak menyenangkan atau atas apa-apa sebab. 

5. 
SimplyTranslate.net tidak bertanggungjawab ke atas kerja yang hilang. Klien mesti menyimpan teks kerja yang asli dan hanya menyerahkan salinannya sahaja untuk diterjemahkan/disunting/dibaca pruf.

Dan seterusnya:

6. 
SimplyTranslate.net berhak menolak sebarang kerja yang dirasakan tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang klien tetapkan.

7. Klien mesti memperoleh sebut harga yang tepat sebelum kerja dimulakan.

8. 
SimplyTranslate.net tidak menyediakan sebarang waranti terhadap khidmatnya, samada yang nyata atau yang implied

9. Sebarang pembetulan, pembuangan, komen atau cadangan yang dibuat oleh
SimplyTanslate.netberhubung dengan kerja, adalah yang bersesuaian ke atas kerja yang dilakukan. Penggunaan ke atas pembetulan, komen atau cadangan ini terletak di atas budi bicara klien. (Lihat No. 2 untuk penjelasan) 

10. 
SimplyTranslate.nettidak bertanggung jawab ke atas sebarang situasi di luar kawalan kami yang menghalang kami daripada memenuhi persetujuan kami (contohnya bekalan elektrik terputus). Dalam situasi begini, klien mungkin berhak menerima kembali duit pembayaran. Semua pembayaran balik adalah di atas budi bicara SimplyTranslate.net.

Gambaran keseluruhan:

Seperti yang telah disebutkan, 
SimplyTranslate.net menyediakan khidmat yang andal pada harga berpatutan dengan integriti. Diharapkan klien mula menjalenkan hubungan ini dengan semangat kemuafakatan. 

Kami percaya anda akan berpuas hati dengan khidmat yang ditawarkan.


Kesilapan dan Pengabaian


SimplyTranslate.net tidak akan bertanggung jawab ke atas kesilapan atau pengabaian yang disebabkan oleh klien yang tidak menyampaikan keperluan sesuatu kerja dengan jelas dan terang.

Permintaan penyemakan semula kerja daripada klien amatlah dialukan pada bila-bila masa ketika atau terus selepas tamatnya kerja penterjemahan/bacaan pruf. Klien juga dinasihatkan agar meminta penyemakan semula daripada membuat aduan.

Jika anda percaya bahawa kami telah membuat kesilapan, beritahulah kami dan kami akan perbetulkan masalah tersebut. 


Pelepasan


Sebaik sahaja kami menerima e-mel daripada anda yang berpuas hati dengan kerja kami atau kami tidak mendapat berita daripada anda dalam tempoh tujuh hari selepas memulangkan kerja anda, kami menganggap anda telah membuat "pelepasan" projek tersebut. Anda bertanggung jawab sepenuhnya di atas penggunaan dokumen anda dan kami tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang hasil penggunaan tersebut.

Pembayaran


Pembayaran mestilah dibuat sebelum kerja dimulakan kecuali dipersetujui sebaliknya. Jika kami tidak menerima pengesahan pembayaran daripada anda dalam tempoh tujuh hari selepas kami memberikan sebut harga kepada anda, kami anggap anda tidak memerlukan khidmat kami.

Klien akan membayar ganti rugi kepada SimplyTranslate.net ke atas sebarang perbelanjaan ekstra yang timbul dalam menyiapkan sesuatu projek.
Klien akan diberitahu sekiranya terdapat caj tambahan sebelum ia dikenakan.



Keselamatan dan Maklumat Sulit

SimplyTranslate.net tidak akan menjual, mengedar atau berkongsi apa-apa maklumat yang anda berikan kepada pihak tiga. Klien boleh meminta supaya dokumen dimusnahkan selepas ia siap diterjemahkan/diprufkan/disuntingkan. Jika permintaan ini tidak diterima, SimplyTranslate.net boleh menyimpan satu salinan hanya bertujuan sebagai satu salinan sandar. 

SimplyTranslate.net berhak untuk mengguna komen anda di dalam e-mel, secara perseorangan atau melalui telefon, dalam usaha dan kempen promosi/pemasaran kami. Namun, nama penuh anda tidak akan digunakan tanpa kebenaran anda. Ini akan digunakan sebagai pengakuan pengguna seperti yang ditunjukkan di dalam laman web kami dan di dalam bahan pengiklanan kami. Pada bila-bila masa, anda boleh meminta supaya komen anda tidak digunakan atau di keluarkan daripada bahan pengiklanan atau laman web kami.


Mansuh Persetujuan

SimplyTranslate.net dan atau penterjemahnya atau pembaca prufnya atau penyuntingnya boleh berhenti menyiapkan sesuatu projek pada bila-bila masa atas apa-apa sebab.


Pengecualian

Klien bersetuju untuk mengecualikan
SimplyTranslate.net, penterjemahnya, pembaca prufnya, penyuntingnya, pemiliknya, pihak pengurusannya, ajennya dan affiliatnya daripada apa-apa tuduhan atau tuntutan, termasuklah pembayaran dan kos khidmat peguam bela, atau daripada mana-mana pihak ketiga disebabkan oleh atau akibat daripada menggunakan khidmat atau laman web atau klien melanggari undang-undang atau menceroboh sebarang hak intelek atau hak mana-mana individu atau entiti.



Had Tanggung Jawab

SimplyTranslate.net, penterjemahnya, pembaca prufnya, penyuntingnya, pemiliknya, pihak pengurusannya, ajennya dan affiliatnya TIDAK BERTANGGUNG JAWAB KE ATAS APA-APA ATAU MANA-MANA KESAN SAMPINGAN, DENGAN TIDAK LANGSUNG, DENGAN LANGSUNG, KHUSUS, MEMBEBANKAN ATAU SEBARANG KEHILANGAN, TERMASUK KEHILANGAN PENDAPATAN ATAU KEUNTUNGAN, KEHILANGAN PERNIAGAAN ATAU KEHILANGAN DATA, YANG BERKAITAN DENGAN KHIDMAT INI ATAU SEBARANG TUNTUTAN, KEHILANGAN ATAU KECEDERAAN DISEBABKAN KESILAPAN ATAU SESUATU YANG TELAH DITINGGALKAN, GANGGUAN ATAU SEBARANG KETIDAKTEPATAN LAIN (TERMASUK TANPA HAD DISEBABKAN MELANGGARI SEBARANG WARANTI ATAU SYARAT LAIN PERSETUJUAN INI).
TUNTUTAN KLIEN HANYALAH TERHAD KEPADA JUMLAH BAYARAN YANG TELAH DIBUATNYA, JIKA ADA, KEPADA KAMI UNTUK MENDAPATKAN KHIDMAT YANG DISEDIAKAN OLEH SIMPLYTRANSLATE.NET ASALKAN BUKTI TUNTUTAN DITUNJUKKAN. SEMUA PENTERJEMAH/PEMBACA PRUF/PENYUNTING MEMBERIKAN KHIDMAT YANG SEBAIK MUNGKIN KEUPAYAAN MEREKA DAN TIDAK MENJAMIN BAHAWA DOKUMEN TERJEMAHAAN ATAU PRUF BACAAN ATAU SUNTINGAN ADALAH "SEMPURNA" ATAU "TIADA KESILAPAN". MEREKA YANG MENGGUNAKAN KHIDMAT INI BERBUAT DEMIKIAN DI ATAS INITIATIF SENDIRI DAN BERTANGGUNG JAWAB MEMATUHI UNDANG-UNDANG TEMPATAN.



Laman Web



Tiada Waranti

Walaupun semua usaha telah dijalankan bagi memastikan maklumat yang terkandung dalam laman ini tepat, SimplyTranslate.net tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan (sama ada secara langsung ataupun tidak langsung) yang timbul daripada maklumat yang kurang tepat dalam laman web ini.

SimplyTranslate.net tidak memberi apa-apa waranti dari segi mutu, ketepatan atau kesempurnaan isi kandungan laman web, yang mungkin terdapat maklumat yang kurang tepat atau kesilapan penaipan, atau kegunaan laman web atau mana-mana pautan hiper laman web.


Tidak Menyokong Mana-mana Pautan

Pautan laman web ini yang membawa ke laman web lain yang diselia dan diurus oleh pihak ketiga, disediakan sebagai kemudahan, dan tidak bermaksud sokongan oleh SimplyTranslate.net kepadanya.

Laman web ini tidak menyokong kepada apa-apa atau mana-mana produk, khidmat atau laman web pihak ketiga yang terkandung di dalam laman web ini.



PERCUMA: Dapatkan SEBUT HARGA Anda Sekarang!