Peta Laman


SOALAN LAZIM (F.A.Q)



Soalan Berkenaan Kos dan Pembayaran:

Adakah saya perlu membayar untuk menggunakan khidmat yang ditawarkan?

Adakah saya perlu membayar terlebih dahulu sebelum mendapat khidmat anda?

Boleh saya membuat bayaran dengan beransur-ansur? 

Apakah yang dimaksudkan khidmat dilaksanakan mengikut bayaran ansuran (KDMBA)?

Adakah anda akan menyemak semula dan membuat pembetulan jika saya tidak
berpuas hati dengan hasil kerja pertama anda?



Soalan Berkenaan Perkhidmatan:

Boleh saya dapat bantuan dari penterjemah secara perseorangan dengan berjumpanya?

Adakah anda sediakan khidmat menulis kertas kerja atau isi kandungan laman web?

Bagaimana untuk mengira jumlah perkataan dalam dokumen saya?

Saya tidak terima hasil kerja dokumen saya, apa perlu saya lakukan?

Bila saya boleh dapat balik hasil kerja dokumen saya?





Soalan Berkenaan Kos dan Pembayaran:


Adakah saya perlu membayar untuk menggunakan khidmat yang ditawarkan?

Ya. Sila lihat halaman harga kami.



Adakah saya perlu membayar terlebih dahulu sebelum mendapat khidmat anda?

Mulai Jun 2007, semua klien perlu membuat pembayaran terlebih dahulu. Hanya dalam kes tertentu saja bagi klien kami yang sedia ada, kami membolehkan anda membuat pembayaran selepas penterjemahan selesai.

Jika anda ingin mencuba khidmat kami buat pertama kali, cuba khidmat ekonomi kami untuk beberapa perenggan yang mengandungi 600 perkataan, cuma RM60.00 sahaja.

Jika anda bimbang tentang membuat bayaran sedangkan anda mempunyai tempoh akhir yang ketat, sila hubungi kami beberapa hari sebelum anda plan untuk menyerahkan kerja anda kepada kami. 

Dengan demikian anda akan dapat tahu berapa kosnya dan anda boleh membuat pembayaran lebih awal supaya dapat memastikan anda tidak gagal menepati tempoh akhir.

Kembali ke atas



Boleh saya membuat bayaran dengan beransur-ansur?

Boleh. Anda boleh menggunakan 
khidmat dilaksanakan mengikut bayaran ansuran (KDMBA).

Kembali ke atas



Apakah yang dimaksudkan
khidmat dilaksanakan mengikut bayaran ansuran (KDMBA)?

Dokumen anda akan diterjemahkan/baca pruf mengikut jumlah pembayaran anda.

Sebagai contoh: Anda mahu kami menterjemahkan dokumen anda yang mengandungi 2,500 perkataan menggunakan pakej standard.

Setelah menerima bayaran untuk 500 perkataan disahkan, hanya 500 perkataan daripada dokumen anda akan diterjemahkan.

500 perkataan berikutnya akan diterjemahkan setelah pembayaran untuknya telah dibuat dan disahkan. Begitulah seterusnya.

Jadi, dengan cara ini dokumen anda mungkin akan siap dalam tempoh 10 hari daripada 2 hari (48 jam).

Kembali ke atas



Adakah anda akan menyemak semula dan membuat pembetulan jika saya tidak berpuas hati dengan hasil kerja pertama anda?

99% kes, klien kami puas hati dengan hasil kerja pertama kami. Namun, kami berbesar hati jika penyemakan semula atau memberi penjelasan terhadap mana-mana bahagian kerja kami di perlukan.

Kami menyediakan semakan semula dengan percuma selagi ia adalah projek asal. Jika anda meminta kerja tambahan dalam isi kandungan baru atau menukar format yang lain daripada yang asal, bayaran tambahan akan dikenakan.  


Bayaran tambahan adalah atas budi bicara penyunting/penterjemah, tapi anda akan diberitahu terlebih dahulu akan sebarang bayaran tambahan sebelum kami memulakan kerja.

Kembali ke atas




Soalan Berkenaan Perkhidmatan:



Boleh saya dapat bantuan dari penterjemah secara perseorangan dengan berjumpanya?

Maaf. Kami tidak menyediakan khidmat tutor secara perseorangan. Kami hanya beroperasi melalui e-mel. 

Kembali ke atas



Adakah anda sediakan khidmat menulis kertas kerja atau isi kandungan laman web?

Maaf. Kami tidak menyediakan khidmat menulis kertas kerja atau isi kandungan laman web dan kami tidak membuat penyelidikan untuk anda, mahupun memberi isi kandungan baru. Anda mesti membuat penyelidikan yang lengkap dan menulis isi kandungan anda sendiri terlebih dahulu sebelum menyerahkannya kepada kami untuk diterjemahkan/dibaca pruf.

Kembali ke atas




Bagaimana untuk mengira jumlah perkataan dalam dokumen saya?

Kami menggunakan fungsi 'Word Count' dalam Microsoft Word (Tools menu -> Word Count - Sila lihat gambar di bawah). Jumlah perkataan diambil daripada dokumen yang anda serahkan kepada kami dan bukannya jumlah perkataan selepas penterjemahan atau mengedit. Jika anda tidak mahu kami menterjemah mana-mana bahagian dokumen anda, sila beritahu kami semasa menyerahkan dokumen anda kepada kami. Ini adalah supaya kami tidak akan menjumlahkannya sekali semasa kami membuat sebut harga. 

How to do a word count in my document?

Kembali ke atas


Saya tidak terima hasil kerja dokumen saya, apa perlu saya lakukan?

Mula-mula sekali anda perlu buat adalah memastikan anda tiada penapis e-mel SPAM atau seumpamanya yang menghalang e-mel yang dihantar daripada SimplyTranslate.net. Pastikan alamat e-mel kami - support @ simplytranslate.net, quotation @ simplytranslate.net dan info @ simplytranslate.net tidak di senarai-hitamkan.

Jika anda ada beberapa e-mel yang berlainan, sila beritahu kami agar kami dapat menghantar hasil kerja dokumen anda kepada semua akaun e-mel anda. Pastikan juga akaun e-mel anda tidak menapis lampiran kerana kami menghantar hasil kerja anda sebagai lampiran sama ada dalam format .doc, .html atau .zip. 


Jika anda bimbang mengenai akaun e-mel anda tidak berfungsi, sila hubungi kami untuk mengatur cara alternatif bagi menyerahkan hasil kerja dokumen anda.

Kembali ke atas




Bila saya boleh dapat balik hasil kerja dokumen saya?

Bergantung kepada pakej khidmat yang anda tempah.
Sila lihat halaman harga kami.

Sedia untuk cuba khidmat kami?




PERCUMA: Dapatkan SEBUT HARGA Anda Sekarang!

 


copyrights for translator bm-bi of simplytranslate.net