Peta Laman



POLISI PRIVASI



SimplyTranslate.net mewujudkan kenyataan privasi ini bagi menunjukkan komitmen kami kepada privasi. Penerangan berikut adalah mengenai amalan kami terhadap maklumat yang disimpan dan diedarkan oleh laman web ini:
SimplyTranslate.net.

SimplyTranslate.net tidak akan menjual mana-mana bahagian maklumat anda kepada pihak ketiga.

Kami berhak menggunakan komen yang anda berikan di dalam e-mel, secara perseorangan atau melalui telefon di dalam usaha promosi dan pemasaran kami. Ini akan digunakan sebagai testimoni pelanggan di dalam bahan pemasaran dan pengiklanan kami. Pada bila-bila masa anda boleh meminta komen anda tidak digunakan atau dibuang daripada bahan pengiklanan kami.  

Hasil kerja penterjemahan atau terjemahan dokumen anda atau baca pruf atau suntingan dokumen adalah milik SimplyTranslate.net sehinggalah bayaran sudah dibuat. Pada bila-bila masa anda boleh meminta supaya salinan hasil kerja dokumen anda dimusnahkan. 

Kami menggunakan alamat IP anda dalam membantu mendiagnosis permasalahan yang timbul dengan pelayan kami dan mengurus laman web kami.

Laman web ini mengandungi pautan ke laman lain. SimplyTranslate.net tidak bertanggung jawab terhadap amalam privasi atau isi kandungan laman web berikut.

Maklumat yang terkumpul

Apabila anda melawat laman web ini, Internet Service Provider, ISP (Penyedia Khidmat Internet) kami merakam lawatan anda dan melogkan maklumat berikut bagi tujuan statistik:

  • Alamat pelayan anda
  • Nama domain anda (contohnya .com, .gov, .au, .uk dll)
  • Tarikh dan masa anda melawat laman
  • Halaman yang anda akses dan dokumen yang dimuatturunkan
  • Laman yang telah anda lawati sebelum ini
  • Jenis pelayar web yang anda gunakan

Akses terhadapa maklumat terkumpul

SimplyTranslate.net tidak akan cuba mengenal pasti pengguna atau aktiviti layaran webnya. Namun, jika siasatan dijalankan, agensi penguat kuasa atau agensi kerajaan boleh menggunakan kuasanya untuk menyiasat log ISP kami.

Pilihan/Pilihan supaya Dikeluarkan

Kami hanya akan merakamkan alamat e-mel anda dan nama anda jika anda menghantar kepada kami mesej atau mengisi borang dalam talian. Alamat e-mel anda tidak akan dikongsikan dengan sesiapa pun tanpa kebenaran anda. Anda mungkin akan di masukkan ke dalam senarai e-mel dan kami mungkin akan menghubungi anda dari semasa ke semasa berkenaan dengan apa-apa berita dan tawaran promosi kami. Anda sentiasa diberikan pilihan untuk dikeluarkan daripada senarai e-mel kami agar tidak menerima apa-apa e-mel daripada kami di masa akan datang.

Laman ini tidak menyediakan fasiliti menghantar maklumat di dalam Internet dengan selamat. Pengguna perlu mengetahui bahawa ada risiko dalam menghantar maklumat di dalam Internet

Menghubungi SimplyTranslate.net

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kenyataan privasi ini, amalan laman ini atau urus niaga anda dengan laman web ini, anda boleh menghubungi:

Ihsan Bahri @ Deen
Fasilitator SimplyTranslate.net


PERCUMA: Dapatkan SEBUT HARGA Anda Sekarang!